PANDUAN PENGGUNA

Sila klik pada tajuk untuk melihat berita penuh
Terima kasih
Semoga info di dalam blog ini mendapat manfaat untuk kita semua. In shaa Allah..Sebarang komen dan cadangan amat diperlukan untuk penambahbaikan

Laporan Pembangunan Fizikal Surau Al-Falah


Surau al-Falah, SMK Raja Muda Musa merupakan tempat menjalankan pelbagai aktiviti sekolah samada dari segi akademik atau kokurikulum selain daripada ibadah solat yang memang sebagai fungsi asalnya. Dari segi akademik, surau ini sering digunakan oleh guru dan pelajar untuk aktiviti amali dan p&p ( pengajaran dan pembelajaran ) yang berkesan. Aktiviti persatuan dan acara tahunan seperti ceramah, solat hajat, qiamullail, Iftar jama’i, solat terawih, tadarus Al Quran dan Khatam Al-Quran memerlukan ruang yang lebih besar dan selesa bagi memenuhi keperluan kapasiti pelajar yang semakin meningkat dari setahun ke setahun. Perubahan struktur bumi sejak akhir-akhir ini kesan daripada gempa bumi, tsunami dan sebagainya telah menyebabkan perubahan arah KIBLAT Surau al-Falah sebanyak 7 darjah daripada arah asal.
Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Pembangunan Fizikal Surau telah ditubuhkan pada 31 Disember 2015 bagi membina dan membangunkan semula Surau al-Falah SMK Raja Musa Musa. Jawatankuasa telah mengadakan sebanyak tujuh kali mesyuarat rasmi bagi usaha mengumpulkan dana untuk membina surau yang baharu. Berkat usaha dan kesungguhan serta keazaman yang tinggi daripada pihak Jawatankuasa dan warga SMK Raja Muda Musa, dana surau telah berjaya dikumpulkan sebanyak RM 298,422.09 sehingga 9 Mac 2017.
KAGUMI Engineering And Construction telah dilantik dengan rasminya bagi merekabentuk serta membina sebuah surau dua tingkat menggunakan “Shipping Container” dengan keluasan 7,840 kaki persegi ( berkapasiti 480 jemaah tingkat bawah dan 350 jemaah tingkat atas ) dengan tawaran sebut harga berjumlah RM 279,561.64 ( tidak termasuk kos  lantai yang berjumlah RM  48,608.00 ).
Tuan Haji Mohmed Arip bin Damanhuri selaku Pengarah Syarikat telah menerima tawaran lantikan tersebut dengan bersetuju menyiapkan dan menyempurnakan sebuah binaan surau  selewat-lewatnya pada 15 Januari 2017. Sehingga kini,  pihak kontraktor telah dapat menyiapkan lebih 90 %  kerja-kerja pembinaan. Terdapat beberapa spesifikasi kerja yang masih belum diselesaikan mengikut seperti yang telah dinyatakan. Walau bagaimanapun pihak sekolah, khususnya jawatankuasa mengharapkan binaan surau yang sempurna akan disiapkan secepat mungkin.
Merujuk kepada kewangan yang telah dinyatakan, terdapat sejumlah RM 29,747.55 dana yang masih diperlukan bagi melengkapkan kos lantai. Sumbangan yang berterusan daripada pelbagai pihak amat dialu-alukan bagi merealisasikan impian sebuah surau yang kondusif dengan suasana yang lebih selesa dan ceria. Pihak jawatankuasa juga sangat mengalu-alukan infaq berbentuk wang atau waqaf peralatan seperti al-Quran, telekong, sejadah, rak  dan kabinet, almari pameran, pendingin hawa, kipas dinding dan seumpamanya.
Besarlah harapan pihak sekolah agar semua prasarana yang wujud di sekolah dapat menampung sepenuhnya keperluan pelajar. Hasrat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat akan terlaksana sekiranya semua pihak berganding bahu dan mengambil peduli terhadap kemenjadian sahsiah pelajar.
Laporan disediakan oleh,                                                                                             13 MAC 2017
……………………………
(SALMAH BINTI KASSAN)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pembangunan Fizikal Surau Al-Falah,
SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya.

0 comments:

Post a Comment

SURAU AL-FALAH. Powered by Blogger.

 

Contact our Support

Email us: suraualfalahsmkrajamudamusa@gmail.com

Team Members

  • Ustazah Suzana Binti Kadir
  • Pn.Siti Khatijah Binti Sapan